Khusyuk dalam Sembahyang

 

Bagaimanakah cara yang terbaik untuk khusyuk dalam sembahyang dan apakah faedah-faedah daripadanya ?

JAWAPAN

Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :

1. Hendaklah orang yang sembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud dan bacaan-bacaan yang lain supaya ia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.

2. Orang yang sembahyang itu hendaklah ia ingat, bahawa ia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatigerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.

3. Untuk membantu supaya ia dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyang dengan membaca surah An-Nas sebelum ia mengangkat Takbirratul-Ihram.

Adapun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukkan sembahyang iaitu, setengah daripadanya ialah ia akan dapat ganjaran/pahala yang banyak dari Allah. Ini kerana sedikit atau banyak pahala yang didapati oleh seseorang itu terhenti pada nilai khusyuk sembahyang. Selain itu, sembahyang yang benar-benar berfungsi untuk mencegah perkara maksiat dan mungkar ialah sembahyang yang khusyuk didirikan Allah semata-mata. Seperti Firman Allah yang bermaksud :

"Bahawasanya sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar."

BACk - HOME