Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Kepapaan :
1. Tidur di dalam keadaan bertelanjang (yakni tidak memakai apa-apa). Ada buat
ka?
2. Makan dan minum di dalam keadaan berjunub (belum mandi junub).
3. Memudahkan setiap makanan yang tumpah di atas saprah.
4. Bakar kulit bawang merah dan putih.
5. Berjalan di hadapan orang tua-tua tanpa menghormatinya.
6. Menyapu sampah pada waktu malam.
7. Memanggil kedua ibu bapa dengan nama masing-masing .
8. Membiarkan sampah di dalam rumah (berselerak).
9. Bersegera keluar dari masjid selepas daripada sembahyang subuh berjemaah.
10.Pagi-pagi duduk di kedai (pergi awal-awal) dan pulang dari kedai lambat-lambat
(semua jenis kedai).
11.Membiarkan bekas-bekas hidangan sentiasa terbuka.
12.Menghembus setiap api dengan mulut.
13.Menyikat rambut dengan sikat yang patah.
14.Ibu bapa yang mendoakan anak-anaknya dengan kecelakaan.
15.Tidak mendoakan kedua ibu bapa dengan kebajikan.
16.Memakai serban dalam keadaan duduk.
17.Makan sesuatu dalam keadaan dalam tidur mengiring.
18.Mencolek gigi dengan segala jenis kayu (selain kayu dibenarkan).
19.Basuh kedua tangan dengan segala jenis selut dan tanah (dengan sengaja dan tidak
ada sebab).
20.Duduk dibendul ( muka pintu rumah ).
21.Mengambil air sembahyang (wuduk) di dalam tandas.
22.Menjahit kain yang koyak di atas tubuh sendiri.
23.Membiarkan rumah bersawang dan bersarang labah-labah.
24.Bakhil,kikir dan kedekut.
p/s: (Sumber rujukan: Kitab Pelita Penuntut Terjemah daripada kitab Taklimul Taklim
Thariqul Muta'alim.Garapan Syeikh Mohd Shafei Bin Abdullah Alfatahami,muka surat 56)