| |
PENYEMBUH PENYAKIT ....
Petikan
Dari Buku ‘Cara Rasulullah S.A.W
Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit’ (Disusun oleh Ibnu Qaiyum)
Penyebab
rusaknya badan.
- penyebab yang menyebabkan rosaknya badan adalah perasaan
runsing, gelisah, lapar dan tiadak tidur malam (bukan untuk tujuan qiammullail)
Menerangkan
penglihatan.
-
perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna yang hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang
yang disayangi dan melihat buah (dedaun).
-
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas kaki
(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajam yang murka (muram), banyak
menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
Penyebab
wajah bersinar.
-
perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering ( hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan
banyak berbuat dosa.
-
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur,
dermawan dan takwa.
Perasaan
Benci
-
perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta
dan suka mengadu domba.
Perkara
yang mendatangkan dan menyekat rezeki.
-
perkara yang boleh mendatangkan rezeki iaitu Qiamullail (beribadah
diwaktu malam selepas tidur), banyak membaca istigfar di waktu sahur (masa
sebelum masuk watu subuh), bersedekah dan berzikir diwaktu pagi dan petang.
-
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur diwaktu pagi,
sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
Kefahaman
Dan ingatan.
-
perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih
dan fikiran runsing.
-
Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu
kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan
sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan
badan.
Sekian,
Wassalam.
|