**ni pasal cikgu garang sangat ni.. aku pun memang ler menyampah yang  amat sangat kalau cikgu garang ni.. rasa macam nak ponteng jer kelas  tu !!!

    Cikgu GarANG !!!!........

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini    adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak   tahu    ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?  Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.   Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak  doakan saya tak selamat?   Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!   Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat    sejahtera!   Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan   keadaan.   Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu! > Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak   uji    kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan    perkataannya,  kamu semua mesti menjawab dengan sepat, lawan bagi perkataan-perkataan  itu, faham?   Murid-murid: Faham, cikgu!    Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.   Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!   Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!   Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!   Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!  Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah! Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!   Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!   Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!  Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!   Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!  Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku! Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau! Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu! Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!  Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!   Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!   Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!   Murid-murid: Oh! Megalah!
Cikgu: Kurang ajar! Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!   Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!  Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!  Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!   Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!   Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!   Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!   Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!   Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

    Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega    kerana   guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau    bagaimanapun,   mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu   tadi,   tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

....MoRale : kalau iaya pun jangan lah garang sangat. kena bodohkan kat budak-budak lagi ler bertambah bodoh  jadinya ....