BOLEHKAH MENGERJAKAN PUASA ENAM JIKA
TIDAK MENUNAIKAN PUASA RAMADHAN

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan sebanyak enam hari berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan Syawal.

Para ulama berselisih pendapat mengenai masa mengerjakan puasa enam ini. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam dikerjakan secara terus menerus selepas Hari Raya iaitu mulai Hari Raya kedua dan seterusnya. Sebahagian ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dikerjakan secara berselang-seli atau berasingan sepanjang bulan Syawal. Akan tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afhdal.

Soalnya sekarang bolehkah seseorang itu berpuasa enam jika puasa Ramadhannya tidak dikerjakan sebulan penuh ? Sebelum menjawab persoalan itu, elok diperhatikan dulu anjuran untuk enam itu.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal, itulah puasa sepanjang masa".(Hadis riwayat Muslim)

Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis :

Maksudnya : "Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan ) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun."

(Hadis riwayat ad-Darimi)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal diibaratkan kita berpuasa sepanjang masa kerana setiap kebajikan dibalas sepuluh kali ganda. Oleh itu, puasa Ramadhan sebanyak 29 atau 30 hari disamakan dengan 300 hari atau sepuluh bulan puasa, dan puasa enam disamakan dengan 60 hari atau dua bulan puasa. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun.

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahal seperti pahala yang didapatinya daripada puasa fardhu, jadi pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

HOME -