KEPENTINGAN/KEDUDUKAN ILMU AQIDAH

Di antara kepentingan ilmu Aqidah dalam Islam adalah seperti berikut:

  1. Ilmu yang paling penting secara mutlaq bagi setiap individu muslim.
  2. Ini kerana Aqidah merupakan perkara usul/pokok dalam Islam dan yang lain-lain adalah cabang atau rantingnya. Ia juga merupakan asas bagi sebuah bangunan dan benteng yang kukuh bagi memelihara pemikiran seorang muslim daripada bahaya syak dan penyelewengan.

  3. Memerlihara daripada penyelewengan aqidah.
  4. Penyelewengan aqidah dalam pemikiran, kata-kata dan perbuatan manusia yang banyak berlaku disebabkan oleh faktor utamanya ialah kurang atau tiadanya kefahaman ilmu aqidah yang sahih. Inilah yang menyebabkan mereka mudah terjerumus kepada kesesatan. Sebab itu kefahaman terhadap aqidah Islam yang sebenarnya sangat penting untuk memerlihara ummah daripada penyelewengan aqidah.

  5. Aqidah merupakan risalah utama para rasul.
  6. Para rasul yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia ini semuanya diperintahkan menyeru kepada aqidah yang sebenarnya, iaitu mengajak kepada keimanan dan pengabdian kepada Tuhan yang satu. Ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Qur'an :
    Ertinya: "Tidaklah Kami utuskan seorang rasulpun sebelum engkau (wahai Muahammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku"(S. Al-Anbiyaa': 25.)

  7. Penerimaan amal bergantung kepada sahnya aqidah.
    Sebagaimana yang diketahui bahawa seluruh amal salih yang dilakukan oleh seseorang insan untuk mencari keredaan Allah terhenti penerimaannya di sisi Allah berdasarkan kepada sahnya aqidah yang dibicarakan dalam ilmu ini. Ini disebabkan bahawa penyelewengan aqidah membawa kepada penyelewengan iman dan tergelincir iman membawa kepada kufur, sedang Allah tidak menerima satu amalan pun daripada orang yang kufur/kafir. Dalilnya, firman Allah :
    Ertinya: "Dan sesiapapun yang murtad dari agamanya (Islam) lalu ia mati dalam keadaan kafir, maka mereka terhapus segala amalan mereka di dunia dan di akhirat. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."(S. Al-Baqarah:217.)
  8.  
  9. Sebagai pemutus kedudukan iman seseorang insan.
  10. Melalui ilmu ini dapat ditentukan kedudukan seseorang itu sama ada ia beriman, kufur atau fasiq, dan sama ada ia selamat di akhirat kelak atau celaka dan sama ada bahagia atau tersiksa.

  11. Kewajiban mengajar dan mempelajarinya. Kepentingan dan keutamaan ilmu ini juga dapat dilihat dari segi hukum mengajar dan mempelajarinya. Seluruh ulama' Islam sepakat (ijma') mengatakan bahawa adalah wajib (fardu 'ain) ke atas setiap lelaki dan perempuan mengajar dan mempelajari ilmu aqidah ini. Dan wajib ke atas setiap ibubapa, guru, pendidik serta seumpamanya mengambil penting menanamkan dasar-dasar aqidah ini dalam pembesaran anak-anak.