sambungan ...

(21)  SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan
Di akhirat.  

(22)  SURAH  THAAHAA (Hai Manusia)
 Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya
Ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa 
membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas 
sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. 

(23)  SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
 Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
 sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t . 

(24)  SURAH  AL-HAJ (Haji)
 Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(25)  SURAH  AL-MU'MINUN  (Orang-orang  Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang 
Yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. 
Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan 
terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan 
serangan musuh. 

(26)  SURAH AN-NUUR (Cahaya)
 Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi
Yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat 
sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(27)  SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali  ke atas air yang bersih, lalu air itu
dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan 
binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa. 

(28)  SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas 
ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya 
akan hilang bisa-bisa itu. 

(29)  SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.  

(30)  SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka Tidak  
akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 
55 dari  surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan 
budi pekertinya akan halus. 

(31)  SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.  Barang siapa 
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. 

(32)  SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang
Hendak menzaliminya. 

(33)  SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit 
terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah 
ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. 

34)  SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak 
yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit  ruhani dan 
jasmani. 

35)  SURAH  AL-AHZAB  (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia  akan 
mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca 
ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan 
musuh-musuhnya. 

(36)  SURAH SABA'  (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
 Terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman. 

37)  SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan Memberkati 
perniagaannya. 

38)  SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati 
Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan Terampun segala-
gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w 
bersabda: 
	"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang
	menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t  akan meringankan 
	kekerasan sakaratul-maut itu." 
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda :
	  “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

 Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat
Dan cita-citanya.  Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam 
Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu 
bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika 
membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju  perniagaannya itu. 
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia  mati pada 
malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap
sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika 
dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, 
Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah 
ketakutan pada musuh-musuhnya. 

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam 
kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda  sekalian. 

(39)  SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(40)  SURAH SHAAD  (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian 
sejati.

Jumpa lagi...Wassalam...  

PREVIOUS PAGE (1-20) ...