KISAH WAHYU TERAKHIR
KEPADA RASULULLAH S.A.W.
Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar
iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini
turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi
dan ma'na yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w.
bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah
itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya
pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya.
Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari
ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." Sebaik sahaja Malaikat
Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi
ke Madinah.
Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah
s.a.w. pun menceritakan apa yang telah di-beritahu oleh malaikat Jibril a.s..
Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil
berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak
dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan
menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah
tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka
berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata:
"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini
sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna."
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa
kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempuma maka
akan perlihatkanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa
ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin
menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda." Selelah mereka mendengar
penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu
Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah
didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah
s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para
sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a.
dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah
beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat,
maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke
rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik
sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w.
melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku,
kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya
Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa
tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."
Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a.
adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah
hampir dekat." Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah
s.a.w., maka
ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a.
pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan
sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat
yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang
di laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para
sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w.
mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada
pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat
tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat
tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk
mengerjakan sholat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid
Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan sholat dua raka'at
bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan sholat beliau bangun dan
naik ke atas mimbar dan berkata: "Alharndulillah, wahai para muslimin,
sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada
jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu,
yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada
sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan
menqishashi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat." Rasulullah s.a.w.
berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama
'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah
s.a.w., kalau anda tidak mengumunkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya
tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya
dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti
unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan
tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat
dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun
anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda
sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah
s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu
pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku kemari." Bilal keluar dari
masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan
berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk
pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?."
Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau." Kemudian Fatimah r.a.
berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata
Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya
untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah
manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?." Bilal r.a.
tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan
tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w..
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau
pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a.
dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah
kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami ber-dua."
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka
dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua
sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua."
Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah
orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah
aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasultillah s.a.w.
berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin
bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa
kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan
kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya RasuluUali
s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata
Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya
sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju,
sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium
beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w.
siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya
hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya.
Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak
melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian
semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa
yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah,
inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang
tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga." Apabila ajal
Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah
Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga
Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu
semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya
hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat
kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau
telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikan-ku, Fadhl bin Abas
hendaklah menuangkan air dan Usamah
bin Zaid hendaklah menolong keduanya.
Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua
menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu
memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku
dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.
Pertama yang akan mensholatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan
mensholat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil,
malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua
para pembantunya . Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersholat ke
atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka
mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah
s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang
mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa
yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah
yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada
kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan
kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang
satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu
ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka
hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati
kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w.bermula.
Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w.sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi
oleh para sahabat.
Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin
dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah
berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke
rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka
Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu
dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan
beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka
Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal
r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah
wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah
Abu Bakar mengimankan sholat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan
menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh
musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun
memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh
pengsan.
Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah
s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah
berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecuhan kaum muslimin,
sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali
r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka
dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai dimasjid maka beliau
pun bersholat subuh bersama dengan para jemaah. Setelah selesai sholat subuh
maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua
sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua
bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya
aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail,
pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut
sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau
ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan
kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku. " Sebaik sahaja malaikat
lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan
menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah
Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia
baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan
keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan
sumber risaalah, bolehkan saya masuk?"
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai
hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu."
Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi
memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab
sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa menggigil
badan saya."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah
orang itu?." Jawab Fadmah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat
lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur."
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat
perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun
berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang
pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."
Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat
lzrail pun masuk dengan mengucap: Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang
menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail:
"Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun
kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali."
Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?"
Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para
malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s.
pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w.
Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w.
pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat"
Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya
lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemudahan yang menggembirakan aku
disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu
langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua
pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti
kehadiran rohmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alharndulillah, sekarang
kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.:
"Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah
melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih
dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki
syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan
telah hilang rasa susahku."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu m kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada
pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah
dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah
s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s.
itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak
suka melihat wajah-ku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah,
siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di
dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua
menjaga sholat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a.
berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan ke dua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya
meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku."
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah
berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan
yang selalu membaca selawat untukmu, (berapa ramaikah diantara kita yang dapat
berbuat demikian..) kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut
maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
SEKIAN, WASSALAM