Manusia akan mati 

     Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah   sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu  kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil  dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke  lutut.  Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang  lain    masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke  perut    dan  kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu   kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik  rohnya   dari perut hingga sampai ke dada dan  kemudiannya   mereka keluar. Dan akhir sekali dating  lagi satu    kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari  dadanya    hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang  dikatakan    saat nazak orang itu." 

         Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang  yang    nazak itu orang yang beriman, maka malaikat  Jibrail    A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah  kanan    sehingga orang yang nazak itu dapat melihat    kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu   melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang  yang   berada di sekelilingnya. Ini  adalah kerana sangat   rindunya pada syurga dan melihat terus  pandangannya    kepada sayap Jibrail A.S."  Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka  Jibrail    A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri.Maka  orang    yang nazak tu dapat melihat  kedudukannya di  neraka dan    dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang i   sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya    apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat    tinggalnya. 

    Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.  menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya  maka  datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak    mencabut roh orang mukmin itu dari arah  mulut  maka    keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu  dengan   berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh  orang   ini melalui  jalan ini kerana orang ini sentiasa    menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."  Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka    dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan  menjelaskan    apa yang diucapkan oleh lidah orang  mukmin itu.  Lalu    Allah S.W.T. berfirman yang  bermaksud:  "Wahai  malaikat    maut, kamu cabutlah ruhnya dari  arah lain." 

     Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah  S.W.T maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang   mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah dari arah   tangan orang mukmin itu, usapan kepala anak-anak  yatim    dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:  "Tidak   ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin  dari   arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan  tangan    ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut  roh    orang mukmin dari arah tangan maka malaikat  maut  cuba    pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga   gagal melakukan sebab kaki berkata:  "Tidak ada jalan bagimu  dari arah ini kerana kaki  ini     sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan  solat    dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan   menghadiri    majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,    mencabut roh org mukmin dari arah kaki, maka malaikat    maut cuba pula dari arah telinga. 

    Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga  maka    telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah    ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan  Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut  cuba   mencabut orang mukmin dari arah mata  tetapi baru  saja   hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak  ada   jalan bagimu dari arah ini  sebab mata ini  sentiasa   melihat beberapa mushaf dan  kitab-kitab dan mata  ini   sentiasa menangis kerana takutkan Allah." 

     Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada  Allah    S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang  bermaksud:    "Wahai  malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu    dan tunjukkan kepada roh orang  yang beriman itu."  Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka  malaikat maut menghampiri roh orang itu dan  menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma    Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka  keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan  tenang. 

 Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh  pergi    setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu  Bakar   R.A:  "Roh itu menuju ketujuh empat: 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga   Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke  Syurga  Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti  burung  di  syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan  tergantung   di  udara tidak dibumi tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan  berada  di  gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam  neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai  hari  Kiamat." 

    Telah bersabda Rasullullah S.A.W :"Tiga kelompok   manusia yang akan dijabat tangannya oleh para  malaikat    pada hari mereka keluar dari kuburnya : 

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam  dalam  bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah." 

 Sekian untuk ingatan kita bersama.

 

HOME ... PEDOMAN