Sebagaimana e-mail yang difowardkan kepada saya. 

 PENYEBAB KERESAHAN HIDUP. 

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat 
banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :- 

1.Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.
2.Percampuran antara iman dan syirik.
3.Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan 
Allah yang Maha  Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan 
dan berada dalam kekuasaanNya.

Firmat Allah  Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit
dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)

4.Umat  Islam  kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah 
tangga berlandaskan ajaran Islam.
5. Ibu bapa atau penjaga kurang  memberi perhatian  ilmu pengetahuan 
dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.
6. Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh 
mempengaruhi  manuasia  melakukan  perkara yang  haram  mengikut  hukum 
syarak.
7. Manusia  terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran 
akal  manusia  tanpa  disertai  iman sedangkan  pemikiran  manusia amat 
terbatas.
8.  Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar 
atau tidak sedar.
9.  Adanya  penyakit  rohani  yang membahayakan dan merosakkan peribadi 
dan martabat   manusia  seperti  hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, 
riak dan sebagainya.
10. Kurangnya  kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. 
dan terlalu mementingkan urusan duniawi.
11.   Sentiasa  diselubungai  perasaan  bersalah  atau berdosa 
kerana telah melakukan  perbuatan  terkutuk  yang bertentangan 
dengan hati nuraninya sehinga  terjadi  konflik batin. Konflik batin ini 
menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak  tenteram dan tertekan. 

Semoga dengan apa yang akan disampaikan dapat menjadi peringatan,  
nasihat dan bimbingan terutama pada diri saya dan seluruh kaum 
muslimin  dan  muslimat  dalam rangka meyempurnakan disiplin kehidupan 
agar sentiasa memperoleh taufik, hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Wallahu a'lam & Wassalamu
Ibnu Mokhtar (Yang baik itu tentunya dari Allah swt dan yang buruk itu dari
 kelemahan diri saya sendiri.)