NASIHAT LUKMAN  HAKIM 
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani :...

Luqman Al-Hakim adalah seorang Islam yang zuhud dan warak.Beliau hidup 
ketika zaman Nabi Daud a.s. Berikut adalah nasihat dan kata-kata Luqman kepada 
anaknya:

"Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah 
kebijaksanaanmu. Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah 
dan akan hilang kebersihan hati." 

"Ikutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan 
perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan
daripada hidupmu di dunia ini. Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan
nafsu berahi dan menjadikan kamu senang dengan kehidupan dunia."
"Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi 
yang berat tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat 
daripada  tangan yang buruk perangainya." 

"Aku sudah rasa kepahitan tetapi aku belum pernah rasa sesuatu yang lebih
pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."  

"Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan pelbagai kesusahan dan 
kepayahan tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih
susah dan lebih payah daripada menanggung hutang." 

Luqman menyatakan kepada anaknya bahawa sepanjang hidupnya, dia
sentiasa ingat pada lapan kalimah yang pernah disabdakan oleh golongan
nabi  iaitu:

1) Apabila solat dan beribadah kepada Allah, pelihara fikiranmu.
2) Ketika di rumah orang, pelihara pandanganmu.
3) Jika menghadiri majlis, jagalah perkataanmu.
4) Apabila menghadiri jamuan makan, pelihara perangaimu.
5) Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
6) Lupakan kesalahan orang terhadap dirimu.
7) Ingat pada kematian.
8) Ingat kepada Allah.

 Semoga bermanfaat. Wassalam
HomE.....