Nasihat Luqman Hakim
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Luqman Al-Hakim adalah seorang Islam yang zuhud dan warak.Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud a.s. Berikut adalah nasihat dan kata-kata Luqman kepada anaknya: "Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati." "Ikutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini. Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan nafsu berahi dan menjadikan kamu senang dengan kehidupan dunia." "Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi yang berat tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya." "Aku sudah rasa kepahitan tetapi aku belum pernah rasa sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan." "Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan pelbagai kesusahan dan kepayahan tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah daripada menanggung hutang." Luqman menyatakan kepada anaknya bahawa sepanjang hidupnya, dia sentiasa ingat pada lapan kalimah yang pernah disabdakan oleh golongan nabi iaitu:
Semoga bermanfaat. Wassalam.